Sunday, November 7, 2010

:: Hikmah ::

setiap kejadian itu sememangnya ada baik dan buruknya,walaupun dari dasar nya nampak buruk,tersirat kebaikan yang jarang kita dapat lihat, yang dikurniakan Allah untuk kita belajar dari sesuatu kejadian itu..
begitu jugalah kejadian kita sehari-hari, amalan yang kita lakukan sehari2x..

perpisahan bukan sesuatu yang buruk semata-mata, Allah jadikan perpisahan untuk wujudkan pertemuan, untuk mematangkan diri,akal kita..untuk menjadi seorang manusia yang berguna..

kehilangan, sesuatu yang menyedihkan untuk menyedari kita hilang seorang sahabat, seorang abang,seorang adik, tapi tidakkah kita berfikir, mengapa DIA menjadikan sebegitu. Bukankah untuk menjadikan kita erti berdiri di kaki sendiri,bukankah untuk kita menghargai seseorang itu. Hakikat manusia, kehilangan membuat mereka terkenang, menghargai seseorang itu...

kemalangan, masih baru berlaku dalam hidup aku, melihat kawan2 terlentang kesakitan, tipu la ak xsedih, tapi ak percaya ada hikmahnya kejadian ini..melihat mereka kembali rapat dengan keluarga terdekat, melihat ukhuwah yang dibina di antara keluarga2 itu,membuat ak terfikir seketika, di sebalik kejadian itu, aku harap mereka sedar akan pengorbanan ibu bapa,yang sanggup datang dri jauh,menemani mereka sepanjang minggu,tanpa mengendahkan urusan2 lain,betapa besar pengorbanan mereka untuk anak tercinta..Subhanallah

dan semua kejadian itu,ada hikmahnya,jangan lah kita mengambil sesuatu itu dari sudut negatif sahaja,cubalah berfikir sebaliknya,cubalah berfikir tentang HIKMAH yang diberikan oleh Allah, itu akan membuat kita sentiasa bersyukur dengan kurniaanNya..

~selmat beramal~

No comments:

Post a Comment